Alam Sekitar @ MY LNAAM

OBK dipilih antara pemenang Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020 di Majlis Asia Environmental Enforcement Awards ke-5

137

18 Februari 2021 – Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah dipilih antara pemenang Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020 di Majlis Asia Environmental Enforcement Awards ke-5 anjuran United Nations Environment Programme (UNEP) pada 17 Februari 2021.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, OBK dilancarkan pada 3 September 2019 untuk membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri, Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP), Perbadanan Taman Negeri Johor (PTNJ) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan cemerlang OBK pada tahun 2019 di mana seramai 87 pesalah telah ditangkap dengan jumlah sitaan bernilai RM2.7 juta serta memusnahkan sebanyak 460 jerat dawai. Pada tahun 2020 pula, seramai 140 pesalah telah ditangkap dengan jumlah sitaan bernilai RM1.85 juta serta sebanyak 672 jerat dawai dimusnahkan.

OBK masih giat dilaksanakan pada tahun 2021 dan diperkukuhkan di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme – BP3)” kata Dr. Shamsul Anuar.

Dr. Shamsul Anuar turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Jabatan PERHILITAN, PDRM, JKDM, JPSM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan OBK.

“Kerjasama strategik seumpama ini bukan sahaja akan diteruskan malah akan diperkukuhkan bagi menjaga khazanah biodiversiti negara yang tidak ternilai.

Saya menyeru semua pihak berganding bahu memperhebatkan usaha dalam membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar.” ujarnya.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...