AMPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

MOTAC teruskan tradisi Sambutan Rumah Terbuka Malaysia (SRTM) Tahun Baru Cina dengan cara norma baharu

256

17 Februari 2021 – Pada tahun ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Malaysia (SRTM) Tahun Baru Cina Norma Baharu 2021 melalui platform media sosial Facebook MOTAC di MyMOTAC.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri walaupun dari segi skala penganjurannya adalah terhad, namun Sambutan Tahun Baru Cina tetap disambut meriah.

“Uniknya pada tahun ini dan buat julung-julung kalinya, SRTM Tahun Baru Cina ini kita adakan menerusi platform media sosial Facebook MOTAC di MyMOTAC.

Pada tahun ini, MOTAC tetap meneruskan tradisi sambutan perayaan ini dengan cara norma baharu. Walaupun dari segi skala penganjurannya adalah terhad, namun Sambutan Tahun Baru Cina tetap disambut meriah. Inisiatif ini membolehkan rakyat pelbagai kaum turut serta menyambut dan berkongsi kegembiraan bersama-sama rakan-rakan masyarakat Cina di negara ini.” katanya.

SRTM Tahun Baru Cina Norma Baharu 2021 tersebut akan berlangsung pada 20 Februari 2021 (Sabtu) bermula dari jam 9 malam. Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin. Selain dari Facebook rasmi MyMOTAC, ia juga akan disiarkan melalui Saluran TV 1, RTM.

Antara pengisian menarik untuk sambutan tersebut adalah :

  • Kompilasi Video Pelaksanaan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dari tahun 2016 – 2020;
  • Persembahan tarian ‘Selamat Datang’ dan Tarian Kipas dari Artistari Istana Budaya;
  • Persembahan nyanyian artis jemputan yang terdiri dari Masya Masyitah (penyanyi berbangsa Melayu yang berbakat menyanyi dalam lagu Cina, Juara Ceria Popstar 2014, Juara Yippi Star Quest 2020 -menewaskan 3,000 peserta seluruh Asia) dan Nicole Lai.

Selain itu, segmen ucapan tokoh masyarakat Cina yang membicarakan mengenai perbezaan sambutan Tahun Baru Cina dari dahulu hingga sekarang turut di adakan. Ia melibatkan beberapa orang tokoh seperti Tan Sri Lee Lam Thye, Dato’ Soh Chin Aun, Prof Lim Swee Tin, Eyo Hock Seng ( Tokoh Wayang Kulit Cina Kelantan) Tan Sri Dato Sri Dato Richard CK Ko dan Dato’ Chong Khin Sang (Pengerusi Soka Gakkai Cawangan Negeri Sembilan).

Tambah Nancy pihak MOTAC berharap sambutan SRTM Tahun Baru Cina Norma Baharu 2021 tersebut dapat menjadi acara tahunan yang berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Cina.

“Penganjuran sambutan ini diharapkan dapat meningkatkan semangat bersatu hati dan toleransi serta menyemai nilai-nilai murni dan budaya yang tinggi di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum untuk lebih bersifat terbuka dan saling hormat-menghormati.

Di samping itu, tinggi harapan kami agar program ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun mendatang dalam usaha menjadikan seni dan budaya terus dikekalkan di negara ini.” ujarnya.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...