AMNiaga @ My LNA

Program SDSI Zon Sabah/Sarawak berjaya catat potensi jualan lebih 5 juta

115

KOTA KINABALU 20 Oktober 2019 – Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) siri ke-5 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 18 hingga 20 Oktober telah menyaksikan kehadiran lebih daripada 20,000 pengunjung.

Foto kredit kepada MED

Dengan bertemakan “Koperasi Memacu Keusahawanan Negara” program yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan koperasi/usahawan
di Negeri Sabah dan Sarawak tersebut berjaya meraih potensi jualan bernilai RM5.4 juta menerusi 90 sesi pemadanan perniagaan melibatkan 9 anchor dan 41 syarikat yang hadir semasa pelaksanaan program.

“Sesi padanan perniagaan tersebut telah membuka akses kepada potensi pemasaran bagi produk koperasi/usahawan di Zon Sabah/Sarawak melalui rantaian perniagaan bersama peruncit, hypermarket berskala besar dan koperasi.

Selain itu, terdapat lebih daripada 70 booth pameran yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI yang berkualiti dari negeri Sabah dan juga Sarawak melibatkan lima (5) kluster iaitu makanan dan minuman, inap desa (homestay), kraftangan, produk kesihatan, penjagaan diri dan produk berteraskan inovasi. Lebih 50 barang keperluan asas ditawarkan semasa Jualan Harga Patut dengan diskaun sehingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran. Jumlah juala ntunai bagi ketiga-tiga hari tersebut adalah sebanyak RM100,000.” terang MED di kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Di samping itu, agensi-agensi di bawah MED dan agensi berkaitan keusahawan turut membuka booth untuk menawarkan khidmat nasihat serta bantuan secara terus ke pada usahawan, koperasi dan orang awam yang hadir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...