AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Isu kualiti siaran Myfreeview : Rakyat diminta hubungi MYTV Careline

103

CYBERJAYA 19 Oktober 2019 – Berhubung dengan isu kualiti penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview baru-baru ini rakyat diminta supaya mendapatkan khidmat nasihat melalui MYTV Careline untuk memastikan sama ada mereka berada di bawah kawasan liputan terestrial atau DTH.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, perkhidmatan TV Digital myFreeview telah disediakan melalui kaedah terestrial dan juga melalui kaedah langsung ke rumah iaitu direct to home (DTH).

“Oleh itu rakyat digesa supaya menghubungi MYTV Careline bagi memastikan sama ada mereka berada di bawah kawasan liputan terestrial atau DTH. Dekoder DTT dan aerial UHF diperlukan bagi menerima siaran DTT manakala dekoder DTH berserta piring diperlukan bagi penerimaan siaran DTH.” terang MCMC di kenyataan tersebut.

Tambah MCMC lagi, kualiti penerimaan siaran TV Digital myFreeview akan terjejas sekiranya pengguna menggunakan dekoder dan antena tiruan yang dijual di pasaran serta penggunaan kabel yang salah. Rakyat diminta supaya membeli dekoder yang telah disahkan oleh MCMC atau SIRIM.

Di bawah ini adalah panduan bagi mendapatkan siaran digital myFreeview yang berkualiti:

  • Pasangkan dekoder DTT atau DTH ke set TV sedia ada berserta antena UHF luaran (digalakkan) atau dalaman.
  • Sebagai pilihan, sambungkan antena UHF ke set Integrated Digital TV (IDTV) dengan label DTTV yang telah dilengkapi dengan dekoder, atau
  • Dapatkan dekoder DTH berserta aksesori sekiranya berada di kawasan liputan DTH. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibeli daripada laman sesawang myfreeview.tv.
  • Antena – Gunakan antena UHF luaran yang menghala ke arah sistem pemancar TV Digital yang berdekatan bagi mendapatkan siaran. Penggunaan antena sedia ada juga boleh digunakan. Pastikan sebarang alatan sambungan (kabel RG6) berada dalam keadaan baik. Untuk bantuan pemasangan antena yang betul layari http://www.mytvbroadcasting.my/pemasang_berdaftar/
  • Penalaan – Siaran TV Digital myFreeview dihantar melalui dua frekuensi dari stesen pemancar. Penalaan ini boleh dibuat secara automatik atau manual. Talaan secara automatik akan dapat menerima kesemua saluran myFreeview. Sekiranya talaan dibuat secara manual, pengguna hendaklah membuat dua (2) kali penalaan untuk setiap frekuensi. Untuk maklumat frekuensi: http://www.mytvbroadcasting.my/pdf/Lists-of-frequency.pdf
  • Soalan-soalan Lazim boleh didapati di http://www.mytvbroadcasting.my/faq/
  • Panduan video tutorial cara pemasangan, http://www.mytvbroadcasting.my/pemasangan_video/
  • Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 daripada pukul 8.00 pagi – 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

“Usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah berbangkit sedang diambil pada masa nyata. MCMC akan sentiasa memantau keadaan agar setiap rakyat Malaysia dapat menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti.” jelas MCMC di akhir kenyataan itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...