PUTRAJAYA 17 Oktober 2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini mengeluarkan bahawa pihak Kementerian tidak pernah mengleuarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.
Malah KPM telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah suapaya memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.
” KPM juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan” terang KPM di kenyataan tersebut.
Tambah KPM, pihak Kementerian akan juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai aspek
keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara
Leave a comment