AMPendidikan @ My LNA

Sejumlah 300 unit tablet diperuntukkan kepada pelajar daripada golongan B40 dan asnaf

163
Tablet yang disumbangkan oleh YPM akan diagihkan kepada pelajar asnaf.

10 Februari 2021 – Satu inisiatif dalam menyediakan tablet untuk keperluan pelajar daripada golongan B40 yang bakal menduduki SPM tahun 2021 yang terkesan dengan banjir di 4 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya iaitu Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Menurut KPLB menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sejumlah 300 unit tablet diperuntukkan kepada pelajar daripada golongan B40 dan asnaf secara berperingkat dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan di rumah mahupun di lokasi yang sesuai bagi meminumkan keciciran pembelajaran di kalangan pelajar terutama di kawasan luar bandar.

“Seunit tablet berharga RM 600.00 ini akan diagihkan kepada golongan pelajar yang dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah secara berperingkat. Pada tahun 2021, YPM dijangka memperuntukan sebanyak RM 300,000.00 untuk pembelian tablet untuk disumbangkan kepada pelajar yang layak.

Kerajaan menyedari kepentingan alat peranti dan talian internet kini menjadi satu keperluan bukan sahaja untuk setiap rumah tetapi pelajar tidak mengira sama ada di peringkat tadika sehinggalah di peringkat universiti. Penggunaan peranti ini adalah satu kemestian serta pengganti kepada kehadiran pelajar di kelas dalam norma baharu pada masa kini.” kata KPLB.

Majlis penyerahan yang berlangsung hari ini menyaksikan sebanyak 30 unit tablet diserahkan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

“Baki tablet akan diserahkan kepada negeri dan golongan yang dikenal pasti secara berperingkat.

KPLB dan YPM akan memastikan pelbagai inisiatif terutama dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan untuk masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi membolehkan akses kepada pendidikan dapat diutamakan bagi melahirkan generasi berpengetahuan yang akan menyumbang kepada negara.” ujar KPLB.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...