Home MY LNA AM Rina sampaikan sumbangan kepada 350 penduduk berbangsa Cina di Titiwangsa
AMWanita

Rina sampaikan sumbangan kepada 350 penduduk berbangsa Cina di Titiwangsa

TITIWANGSA 9 Februari 2021 – Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun telah menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina 350 orang penduduk di Parlimen Titiwangsa berbangsa Cina yan terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah semalam.

“Program ini dianjurkan bertujuan untuk mewujudkan sikap bekerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah dalam kalangan golongan yang memerlukan. Bahkan bukan itu sahaja ianya juga bagi menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga negara Malaysia.” kata Rina.

Tambah beliau sumbangan yang diberikan berupa barangan keperluan asas dan juga wang tunai bagi membantu penerima untuk membeli keperluan lain yang diperlukan.

Sumbangan tersebut telah diberikan kepada wakil-wakil persatuan penduduk dan wakil Rukun Tetangga (KRT) untuk diagihkan kepada penerima yang layak.

Antara wakil pesatuan yang terlibat adalah Persatuan Penduduk PPR Cochrane Perkasa, KRT PPR Cochrane Perkasa, Persatuan Penduduk PangsaMurni Titiwangsa, Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia, KRT PPR Laksamana, Rumah Setinggan Jalan Syahbandar dan KRT Kg Pandan Baiduri D.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

MY LNAPertahananUTAMAWanita

Forum Women In Maritime Law Enforcement perkasa peranan wanita dalam penguatkuasaan maritim serantau

BANGKOK, 24 November – Komitmen Maritim Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan wanita...