AMCOVID-19 @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Isu SOP PKP : KKMM dengar keluhan penggiat seni – Saifuddin

153

PUTRAJAYA 5 Februari 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dato’ Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sentiasa mencari jalan yang terbaik bagi membolehkan sebanyak mungkin aktiviti yang melibatkan kegiatan-kegiatan seni dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ketika ini.

“Saya mendengar banyak keluhan dan juga banyak persoalan daripada penggiat seni. Kita di Kementerian mempunyai pasukan yang diketuai sendiri oleh Ketua Setiausaha (KSU) yang melihat secara terperinci semua SOP dan bagi kami pendekatan kami ialah mencari jalan seboleh-bolehnya untuk membolehkan sebanyak mungkin aktiviti yang melibatkan kegiatan-kegiatan seni budaya tanahair. Sekali lagi isunya ialah isu memberi peluang orang untuk mendapatkan job dalam pelbagai sektor.

Kita juga meneliti SOP yang telah disediakan oleh agensi-agensi (berkaitan) termasuk yang kami terima daripada pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan. Kita juga mengkaji SOP yang sedang dilaksanakan di negara-negara luar juga. Kita melihat best practice mereka.” kata Saifuddin ketika sesi media selepas majlis pelancaran Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).

“Jadi saya nak menyatakan di pihak KKMM memang kita mencari jalan untuk membolehkan sebanyak mungkin (aktiviti seni dari pelbagai sektor dibuka). Namun demikian perkara ini harus dibentangkan di Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akhirnya akan mendapat nasihat dari (Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keputusannya bukanlah sebulat-bulat di tangan kami tapi kami (sedang) berusaha sedaya upaya.” tambah beliau.

Dalam pada itu, PRISMA merupakan langkah jangka pendek yang bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian para penggiat dan pemain industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19. Ia memberi fokus kepada tiga strategi utama iaitu memudah cara pembiayaan penghasilan kandungan kreatif, mengupayakan kapasiti dan kemahiran penggiat industri kreatif dan menyediakan akses pasaran bagi produk kreatif tempatan.

Sejumlah RM89.2 juta disediakan di bawah peruntukan sedia ada KKMM untuk melaksanakan 32 program yang merangkumi empat kategori iaitu filem, muzik, kandungan kreatif digital dan seni visual, persembahan serta kraf. Sebanyak RM67.7 juta daripada peruntukan tersebut merupakan program berbentuk pemberian geran, RM9.0 juta berbentuk pinjaman dan RM12.5 juta berbentuk slot siaran. Pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah KKMM berganding bahu bagi menjayakan pakej ransangan tersebut iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV) dan Agensi Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).

Program-program yang dirancang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai pada 5 Februari 2021. Maklumat lanjut mengenai PRISMA boleh diperolehi menerusi laman web www.kkmm.gov.my atau hubungi di alamat e-mel berikut:

Filem – prismafilem@kkmm.gov.my
Muzik – prismamuzik@kkmm.gov.my
Kandungan Kreatif Digital – prismaanimasi@kkmm.gov.my
Seni Visual, Persembahan & Kraf – prismaseni@kkmm.gov.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...