AMPelancongan @ My LNA

Kadar Purata Tempoh Penginapan (AOR) yang dikeluarkan adalah sebelum PKP – MOTAC

84

2 Februari 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada hari ini memaklumkan bahawa Kadar Purata Tempoh Penginapan (AOR) dimaksudkan oleh Lim Guan Eng melalui artikel bertajuk “Guan Eng accuses Putrajaya of inaction as Malaysia’ hotels, tourism wither and die” di akhbar Malay Mail bertarikh 26 Januari 2021 adalah merupakan unjuran sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

“Melalui artikel tersebut, YB Lim Guan Eng menyatakan data unjuran yang dikeluarkan oleh Kementerian iaitu Kadar Purata Tempoh Penginapan (AOR) sebanyak 61.1% pada 2020 dan 58.4% pada 2021 adalah tidak masuk akal, unjuran palsu dan tidak realistik yang akan merosakkan keyakinan rakyat.

Ingin dimaklumkan, unjuran yang diutarakan tersebut adalah unjuran sebelum pandemik Covid-19 melanda negara dan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan pelaksanaan semula PKP 2.0.

Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan dan kebudayaan khususnya pengusaha hotel berikutan pandemik COVID-19. Kerajaan telah melaksanakan langkah terbaik untuk mengimbangi kelangsungan pengusaha industri pelancongan negara dan juga keselamatan serta kesihatan rakyat.” jelas MOTAC melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini.

Tambah MOTAC, pihaknya telah bekerjasama dengan persatuan-persatuan pemain industri khususnya Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dengan memantau prestasi Kadar Purata Tempoh Penginapan (AOR) hotel semasa pandemik Covid-19 ini.

“Unjuran bagi tahun 2020 ialah 25.4%, manakala bagi tahun 2021 adalah 27.8%. Namun demikian, unjuran ini tidak mengambil kira pelaksanaan PKP 2.0.” kata MOTAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...