AMCOVID-19 @ My LNAKanak-kanak @ My LNAPendidikan @ My LNA

Semua Tabika Perpaduan di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh PKP 2.0

119

PUTRAJAYA 19 Januari 2021 – Berdasarkan trend kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini, Kementerian Perpaduan Negara telah memutuskan supaya semua Tabika Perpaduan di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Kata Kementerian melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, mulai 20 Januari 2021, kesemua murid Tabika Perpaduan Tahun 2021 di
seluruh negara akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan medium komunikasi secara online.

Tegas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique langkah-langkah ini bertujuan membantu mencegah penularan wabak COVID-19 di samping memastikan sesi pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak dapat diteruskan.

Penutupan ini juga mengambil kira pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Januari 2021 serta keputusan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada 18 Januari 2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...