AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Orang ramai dinasihatkan agar hanya membeli alatan CBR daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah. – MCMC

97

CYBERJAYA 9 Januari 2021 – Berikutan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan alatan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang didapati tidak mematuhi piawaian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, sebaliknya hanya mendapatkan alatan tersebut daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah.

“CBR ialah alatan rangkaian mudah alih yang menambah kekuatan isyarat daripada stesen pemancar dan juga peranti mudah alih.

Bagaimanapun, penggunaan alatan CBR oleh orang ramai dan syarikat penyedia perkhidmatan secara berleluasa dan tidak teratur akan menyebabkan gangguan terhadap kualiti rangkaian selular dan jalur lebar mudah alih.” jelas MCMC melalui satu kenyatan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah MCMC, pihaknya telah mengeluarkan Garis Panduan Pembelian, Penggunaan dan Pemilikan Booster atau Repeater Selular yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 yang lepas bagi membendung masalah tersebut.

“Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.” kata MCMC.

Orang ramai yang mempunyai masalah liputan adalah dinasihatkan untuk membuat aduan kepada syarikat penyedia perkhidmatan mereka melalui saluran rasmi yang disediakan. Sekiranya masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian oleh syarikat penyedia perkhidmatan, mereka boleh mengajukan aduan kepada MCMC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...