AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Golongan B40, Calon SPM dan STPM 2021 bakal nikmati kemudahan internet lebih baik – Saifuddin Abdullah

91

18 Disember 2020 – Melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada suku pertama tahun hadapan, golongan isi rumah B40 dan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan pelbagai kemudahan di bawah inisiatif-inisiatif yang memberi fokus kepada golongan B40, calon SPM dan STPM tersebut.

Kemudahan-kemudahan tersebut adalah :

  • Enam (6) syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara sehingga akhir bulan April 2021;
  • Waktu operasi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari;
  • Kerajaan dengan kerjasama pihak industri juga akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021. Program ini dijangka bermula pada Mac 2021 dan melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar kepada golongan B40;
  • Kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin;
  • Syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan tawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021. Pakej ini dijangka akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web MCMC dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

“Saya berharap inisiatif-inisiatif yang ditawarkan ini akan memberi manfaat secara langsung kepada golongan B40 serta memudahkan calon-calon SPM dan STPM membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.” ujar Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...