AMWanita @ My LNA

Dasar Perpaduan Negara, Blue print dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara sedang dimuktamadkan – Halimah Sadique

141

5 Disember 2020 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique memaklumkan bahawa Dasar Perpaduan Negara, Blue print dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara sedang dimuktamadkan bagi pelaksanaan pada tahun hadapan.

Di dalam ucapan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diadakan secara maya hari ini, Halimah berkata bahawa peranan dan tanggungjawab warga KPN amat penting dalam pelaksanaan dasar-dasar tersebut bagi memastikan agenda perpaduan negara tercapai.

“Justeru tahun 2021 amat penting sebagai tahun penyampaian dan pelaksanaan dasar dasar perpaduan. Setiap warga KPN harus memahami intipati dasar-dasar ini dan memastikan setiap tindakan dilaksanakan dengan jayanya supaya hasil dan impak tinggi dapat dicapai.

Perpaduan merupakan tanggungjawab bersama maka dalam usaha ini perkongsian pintar perpaduan telah dan akan terus dilaksanakan dengan pelbagai kementerian dan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Oleh itu warga KPN perlu berusaha bagi memastikan kejayaan perkongsian pintar perpaduan ini demi kelangsungan agenda perpaduan negara” ujar Halimah.

Dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 KPN tersebut, seramai 374 orang pegawai JPNIN dan MITRA telah dipilih sebagai penerima APC bagi tahun 2019. Pemilihan penerima APC tersebut adalah berdasarkan kepada prestasi cemerlang dalam perkhidmatan, mempunyai integriti dan etika kerja yang tinggi serta penglibatan aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...