AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNANiaga @ My LNA

eKUD@KPLB2020 libatkan lebih 300 virtual booth

95

5 Disember 2020 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menganjurkan Jualan Mega Karnival Usahawan Desa Tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) secara dalam talian mulai 4 hingga 6 Disember 2020 (Jumaat hingga Ahad). Program tersebut merupakan kemuncak kepada program pemasaran produk usahawan desa yang sebelum ini telah bermula dengan Jualan Siber pada 11 dan 25 November 2020 di platform Desamall@KPLB.

Orang ramai berpeluang untuk menonton dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik sama ada secara langsung atau rakaman. Ini termasuk Rancangan Masakan Chef Zam bersama YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, Kecoh-kecoh eKUD@KPLB iaitu slot jualan langsung bersama Selebriti Jemputan, Siri Laman Ternak, Zoo Maya dan Urban Farming yang bersiaran daripada pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 10.00 malam.

Disamping itu, pengunjung dan pembeli bertuah yang membuat pembelian online serta memenuhi syarat semasa eKUD@KPLB 2020 akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur.

Menurut KPLB, eKUD@KPLB 2020 menyaksikan penglibatan sebanyak lebih 300 buah virtual booth mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kategori seperti Pavilion, Agensi Kerajaan, Korporat dan booth eNiaga iaitu untuk para usahawan.

“Booth berbentuk digital ini boleh dilawati oleh orang ramai untuk berinteraksi secara live dengan para usahawan serta pempamer lain bagi mendapatkan maklumat berhubung produk serta perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian secara online.

Antara kluster perniagaan yang akan mengambil bahagian adalah Makanan dan Minuman (F&B), Kesejahteraan seperti produk spa, kosmetik dan makanan tambahan serta Gaya Hidup meliputi produk seperti fesyen, aksesori dan kraftangan.” kata KPLB.

Tambah KPLB, urusan jual beli berlaku melalui pelbagai platform eDagang yang disertai oleh para usahawan seperti Desamall@KPLB, Shopee, Lazada,
PrestoMall, GrabMart, WOWSHOP, Youbeli.com, Vettons, Foodpanda, BuyMalaysia, JanaNiaga, AgroBazaar Online dan MyCraft Shoppe. Tambah menarik pelbagai baucar diskaun hebat disediakan oleh platform-platform yang terlibat khusus untuk para pengunjung yang hendak mendapatkan pelbagai jenis produk keluaran tempatan.

“Manakala untuk para usahawan yang masih belum menyertai mana-mana platform eDagang, urusan jual beli akan berlaku di akaun Facebook atau Instagram usahawan di mana kesemua capaian kepada akaun-akaun tersebut dikumpul dalam satu bentuk direktori dipanggil sebagai eKEDAI.” kata KPLB.

Sepanjang tempoh tiga hari eKUD@KPLB 2020 berlangsung, sesi padanan perniagaan akan turut berlaku secara dalam talian melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

“Program ini membolehkan usahawan luar bandar bertemu dengan trade buyers dari dalam dan luar negara melalui platform digital eKUD@KPLB Antara pihak industri peruncitan yang terlibat adalah Petronas Dagangan Berhad, Tesco, TF Value-Mart dan Lulu Hypermarket. Manakala MATRADE melalui eSellers Sourcing Program (eSSP) menjemput platform Droppe, Blibli dan Bukalapak bagi pasaran Indonesia serta Figurative Japan untuk pasaran Jepun.

Sebanyak 145 pertemuan telah dijadualkan antara buyers dan usahawan bagi sesi padanan perniagaan kali ini.” kata KPLB.

KPLB berharap melalui program ini akan dapat memberikan semangat baharu kepada para usahawan luar bandar dan meningkatkan iltizam mereka dalam berusaha memacu perkembangan ekonomi masyarakat di tempat masing-masing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...