Alam Sekitar @ MY LNAAMPolitik @ My LNA

Kerajaan digesa tawarkan kuota baru 500 MW Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) – Yeo Bee Yin

133

4 DISEMBER 2020 – Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin pada hari ini mengeluarkan kenyataan media bagi menggesa kerajaan untuk menawarkan kuota baru 500 MW Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) untuk meneruskan momentum pertumbuhan industri solar atas bumbung yang berpotensi mencipta lebih dari 15,000 pekerjaan hijau.

Yeo Bee Yin yang juga merupakan mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkata dengan penurunan harga penjanaan solar yang berterusan, industri solar atas bumbung di Malaysia mempunyai potensi yang lebih cerah memandangkan terdapat 3.2 juta harta tanah kediamaan, 450,000 unit lot kedai, 90,000 buah kilang teres, 21,000 kilang ‘stand-alone’ dan 1,000 buah pusat beli-belah di Malaysia.

“Dengan penurunan harga penjanaan solar yang berterusan, industri solar atas bumbung di Malaysia mempunyai potensi yang lebih cerah memandangkan terdapat 3.2 juta harta tanah kediamaan, 450,000 unit lot kedai, 90,000 buah kilang teres, 21,000 kilang ‘stand-alone’ dan 1,000 buah pusat beli-belah di Malaysia.

NEM bermula pada tahun 2016 dan diberi kuota 500 MW untuk tahun 2016 sehingga 2020. Namun begitu hingga tahun 2018, kadar pengambilan kuota NEM adalah sangat rendah iaitu hanya sekitar 15 MW sahaja kerana harga penjualannya adalah rendah pada “displacement cost”. Namun pada bulan Oktober 2018, kami telah melancarkan NEM 2.0, di mana kadar penjualan solar berubah berasaskan konsep satu-atas-satu (one-to-one offset basis) yang membolehkan pengguna untuk mendapat penjimatan yang signifikan dalam bil elektrik bulanan mereka. Kami juga telah mengubah dasar Supply Agreement Renewable Energy (SARE) untuk membolehkan pajakan solar bagi pemilik premis yang tidak mempunyai perbelanjaan modal (CAPEX) yang mencukupi.

Sejak perubahan dasar, kami melihat kadar pengambilan NEM yang menggalakkan – lebih daripada 20 kali ganda daripada kadar pengambilan sebelumnya dan semua kuota 500 NEM telah diambil sepenuhnya sehingga sekarang.” kata Yeo Bee Yin.

Tambah Yeo Bee Yin, industri solar menunggu Putrajaya membuat keputusan sama ada polisi NEM akan diteruskan pada tahun hadapan ataupun tidak.

“Jika ya, berapa jumlah kuota baru akan disediakan? Ini akan memberi isyarat yang salah kepada pelabur sekiranya Putrajaya terus berdolak-dalih dalam proses membuat keputusan.” soal beliau.

Kayanya lagi, perkara tersebut adalah sangat penting terutamanya dalam suasana ekonomi ketika ini, di mana aktiviti ekonomi dan penciptaan peluang kerja amat penting.

“Setiap MW panel solar atas bumbung berpotensi mewujudkan 32.86 pekerjaan (jauh lebih besar daripada arang batu dan gas di mana masing-masing hanya menciptakan 11.34 dan 1.44 jumlah pekerjaan). Kuota NEM 500 MW baru dapat menjana lebih daripada 15,000 pekerjaan hijau. Dengan ini, lebih ramai jurutera, juru elektrik, juru teknik yang berkaitan dapat memperoleh pekerjaan yang baik dengan kuota baru ini.

Pada Rabu (2 Disember 2020) di Parlimen, saya telah meminta kerajaan untuk menawarkan kuota NEM 500 MW lagi mulai tahun hadapan. Saya berharap Putrajaya tidak akan melengah-lengahkan perkara ini lagi dan memberi kepastian kepada industri solar dengan secepat mungkin agar mereka dapat membuat persiapan yang diperlukan untuk tahun hadapan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...