Home AM Kanabis kekal dikawal di bawah Akta Berbahaya 1952 – KDN
AM

Kanabis kekal dikawal di bawah Akta Berbahaya 1952 – KDN

PUTRAJAYA 4 Disember 2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari memaklumkan bahawa kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Berbahaya 1952 walaupun Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik pada 2 Disember 2020 telah bersetuju menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis dari Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961).

“Dalam hal ini KDN ingin menegaskan bahawa keputusan Persidangan tersebut tidak mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan-bahan berkait kanabis dalam negara.

Kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Berbahaya 1952 di mana tindakan undang-undang tetap akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar peruntukkan undang-undang ini seperti sedia ada” tegas Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Tambah beliau, bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkotik tersebut tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.

“Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membenteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global” ujar Hamzah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...