Alam Sekitar @ MY LNAAM

Pelombongan NR-REE di Kedah : Tiada kelulusan SKIM OMS sehingga SOP dipatuhi – Menteri KeTSA

353

PUTRAJAYA 3 Disember 2020 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah memaklumkan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang merupakan agensi yang bertanggungjawab memastikan aktiviti perlombongan dan pengurusan sumber asli negara dilaksanakan secara mampan, akan terus memastikan inisiatif perlombongan secara mampan (sustainable mining) dan sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Menurut Dr. Shamsual Anuar, SOP tersebut turut merangkumi keseluruhan rantaian nilai mineral daripada perlombongan hingga kepada pengurusan sisa dan penutupan lombong secara progresif juga perlu disokong dengan perundangan lain yang berkaitan iaitu Akta Pembangunan Mineral 1994, Akta Penyiasatan Kajibumi 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Enakmen Mineral Negeri-Negeri.

“Dalam hal ini, KeTSA akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan yang terdiri daripada Kerajaan Negeri, Agensiagensi Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan wakil industri untuk memuktamadkan SOP NR-REE berkenaan. Ini juga bagi memastikan kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kesejahteraan masyarakat di sekitar kawasan perlombongan.

Pematuhan sepenuhnya SOP ini merupakan syarat utama sebelum memulakan sebarang perlombongan yang dikawal melalui Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme – OMS) oleh JMG. Selain penguatkuasaan yang akan dijalankan oleh JMG Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri juga berperanan memastikan tiada perlombongan NR-REE dijalankan tanpa kelulusan teknikal dan tiada sebarang sebarang aktiviti perlombongan dijalankan di kawasan hutan simpan kekal. Ini juga dapat mengelakkan insiden pencemaran yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Walaupun pengeluaran permit untuk penerokaan mineral terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri, proses saringan dan tapisan perlu dijalankan bagi memastikan semua syarat dipatuhi sebelum kelulusan diberikan.” kata beliau.

Kata Ahli Parlimen Lenggong itu lagi, KeTSA juga telah membangunkan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral 2021-2030 yang akan menjadi panduan untuk memastikan pembangunan industri mineral tidak lagi tertumpu kepada aktiviti perlombongan di peringkat huluan semata-mata.

“Industri mineral perlu berkembang sehingga ke aktiviti pemprosesan, penambahan nilai atau penghasilan produk berasaskan mineral yang merangkumi peringkat pertengahan dan hiliran.

Bagi menyokong agar industri mineral negara terus berkembang, Kerajaan juga telah bersetuju mengaktifkan semula Majlis Mineral Negara (MMN) yang akan menjadi platform tertinggi melibatkan keahlian Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di mana penyelarasan dasar dan isu-isu utama berkaitan pembangunan industri mineral akan dipertimbangkan. Mesyuarat pertama MMN dijangka diadakan pada penghujung Disember ini.” ujar beliau.

Semalam portal Harakah Daily melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka NR-REE yang ditemui di Sik, Ulu Muda dan Baling. Laporan berita tersebut turut menyatakan bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan usahasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...