AMLuar Bandar @ My LNA

Kes Pedofilia di kalangan Orang Asli: Dakwaan NGO tidak berasas – Timbalan Menteri 1 KPLB

90

PUTRAJAYA 2 Disember 2020 – Timbalan Menteri I Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Dato Sri Abdul Rahman Bin Mohamad menafikan dakwaan kes pedofilia oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilaporkan dalam sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Menurut Abdul Rahman menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, NGO itu dikhabarkan menerima maklumat bahawa terdapat kes pedofilia di kalangan masyarakat Orang Asli di sebuah perkampungan di Negeri Sembilan ketika menjalankan program di perkampungan berkenaan pada 29 Julai 2019. Namun NGO berkenaan tidak memberikan bukti laporan polis dan data yang sahih atas dakwaan mengenai kes berkenaan.

“Hasil siasatan pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dua minggu lepas, mendapati tiada laporan dibuat oleh penduduk kampung berkenaan ketika Program “Jiwa Murni dan Kesejahteraan Komuniti” yang dianjurkan oleh LPPKN Negeri Sembilan pada tahun lalu.

Pegawai JAKOA Daerah juga telah mendapatkan pengesahan daripada Batin, Pengerusi JPKKOA dan penduduk kampung terlibat bahawa tiada sebarang laporan dibuat berkenaan kes pedofilia seperti yang didakwa.” jelas beliau.

Tambah Ahli Parlimen Lipis itu, JAKOA kesal apabila terdapat pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan mengelirukan dengan menimbulkan persepsi negatif terhadap masyarakat Orang Asli dan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli. Katanya lagi, JAKOA memandang serius dakwaan ini dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama rapat dengan mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan individu dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Orang Asli mengenai isu pedofilia.

“JAKOA menerima pandangan mana-mana NGO dengan hati terbuka tetapi mengingatkan bahawa isu tersebut bukan etnik spesifik kepada Orang Asli sahaja kerana fedofilia adalah gangguan jiwa yang berlaku dalam mana-mana golongan masyarakat.

NGO terbabit sewajarnya membuat kenyataan berlandaskan pembuktian kukuh bukan hearsay.

Sejak ditubuhkan, JAKOA telah menjalinkan kerjasama yang baik antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk membantu memperkasakan masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, sekali lagi dinasihatkan supaya sebarang kenyataan yang menimbulkan persepsi negatif terhadap mana-mana pihak perlu dielakkan.” tegas Abdul Rahman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...