AMCOVID-19 @ My LNAWanita @ My LNA

KPWKM : Sokongan sosial adalah antara mekanisme untuk mengurangkan kadar tekanan akibat COVID-19

144

KUALA LUMPUR 1 Disember 2020 – Krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, dipandang serius oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurut Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun sewaktu menjawab soalan dari Ahli Parlimen Setiu hari ini di Parlimen, KPWKM dapati sokongan sosial adalah antara mekanisme untuk mengurangkan kadar tekanan yang dihadapi oleh mereka yang terkesan secara langsung oleh ancaman pandemik COVID-19.

“Sokongan Sosial adalah dalam bentuk Pelaksanaan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home help services) yang bercorak reaching out kepada warga emas sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 ” kata Rina.

Kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi, selain daripada itu, KPWKM telah menyediakan beberapa inisiatif lain seperti Khidmat Aduan Atas Talian, Sokongan Psikologi Tele-kaunseling dan Sokongan Ekonomi.

“Khidmat Aduan Atas Talian dengan menghubungi Talian Kasih 15999 atau aplikasi WhatsApp di nombor 019-26 15999. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam setiap hari yang mana talian ini berfungsi sebagai single point of contact kepada semua masyarakat untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan mahupun permohonan. Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja dan perkara yang melibatkan kumpulan sasar Kementerian.

Sokongan Psikologi Tele-kaunseling bagi memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada mereka yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19 serta PKP. Talian Khas Kaunseling atau perkhidmatan tele-kaunseling ini melibatkan seramai 528 orang kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan JKM di seluruh negara.” kata Rina.

Bagi Sokongan Ekonomi pula, Rina menjelaskan bahawa Peruntukan Bantuan Bakul Makanan sebanyak RM47.43 juta telah dibelanjakan oleh KPWKM untuk membuat agihan bakul makanan kepada seramai 820,723 Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 3.2 juta Ahli Isi Rumah (AIR) di seluruh negara sehingga November 2020.

Kata Rina lagi, KPWKM turut mempercepatkan bayaran Bantuan Kewangan Bulanan Persekutuan oleh JKM yang berjumlah RM1.5 bilion untuk menampung keperluan seramai 498,935 penerima bantuan sehingga Oktober 2020.

Di samping itu KPWKM turut melaksanakan program berbentuk advokasi seperti panduan menangani tekanan perasaan, aktiviti kekeluargaan secara maya dan panduan penjagaan kesihatan melalui pelbagai medium seperti media sosial, media elektronik dan media cetak dalam menangani isu tekanan mental.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...