AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNAPendidikan @ My LNA

Program KPT-MEDAC Siswapreneur mudahkan usahawan pelajar dapatkan pembiayaan TEKUN Nasional

221

26 November 2020 – Usaha untuk cakna kepada usahawan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) diteruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi pelaksanaan Program KPT-MEDAC Siswapreneur.

Menurut KPT melalui siaran media bersama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) yang diedarkan hari ini, Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU) yang dimeterai dengan MEDAC pada hari ini menyaksikan satu lagi langkah strategik KPT dalam mempermudah golongan usahawan pelajar untuk mendapatkan pembiayaan mikro kredit melalui TEKUN Nasional.

Dari kiri : Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

“Melalui program ini, usahawan pelajar berpeluang untuk memula dan mengembangkan perniagaan mereka semasa dalam tempoh pengajian. Pembiayaan mikro kredit yang ditawarkan mensasarkan seramai 20,000 orang usahawan pelajar dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti dengan peruntukan berjumlah RM20 juta.

KPT menjangkakan bahawa dengan adanya program-program kerjasama seumpama ini, jumlah usahawan pelajar dan usahawan graduan akan dapat ditingkatkan, selain dapat membantu meringankan beban kewangan mereka.

Sebagai permulaan, Program KPT-MEDAC Siswapreneur akan dilaksanakan secara rintis di 15 buah IPT terpilih untuk tempoh enam bulan pertama sebelum diperluaskan kepada IPT lain. Pusat/Unit Keusahawanan IPT akan membuat saringan ke atas permohonan pembiayaan daripada usahawan pelajar yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada TEKUN Nasional untuk kelulusan” kata KPT.

IPT perintis yang telah dikenal pasti ini terdiri daripada empat buah (4) Universiti Awam dan sebelas (11) buah politeknik dan kolej komuniti, iaitu:

  1. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
  2. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA);
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);
  4. Malaysia Perlis (UNIMAP);
  5. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS);
  6. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS);
  7. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS);
  8. Politeknik Sandakan Sabah (PSS);
  9. Politeknik Ungku Omar (PUO);
  10. Politeknik Kuching, Sarawak (PKS);
  11. Kolej Komuniti Baling;
  12. Kolej Komuniti Kok Lanas;
  13. Kolej Komuniti Arau;
  14. Kolej Komuniti Manjung; dan
  15. Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Upacara menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT dan YB Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional.

Ia turut disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...