AMNiaga @ My LNA

Lebihan Dagangan meningkat 25.9 peratus

89

PUTRAJAYA 27 November 2020 – Mengikut laporan PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI, OKTOBER 2020 yang diterbitkan hari ini, Lebihan dagangan Malaysia berjumlah RM22.1 bilion kekal kukuh pada Oktober 2020, meningkat 25.9 peratus berbanding Oktober tahun lepas.

“Jumlah eksport Malaysia pada Oktober 2020 berjumlah RM91.1 bilion, nilai eksport bulanan kedua tertinggi dicatatkan pada 2020. Eksport mencatatkan peningkatan kecil 0.2 peratus berbanding Oktober 2019. Pertumbuhan eksport didorong oleh eksport domestik, meningkat 1.5 peratus daripada RM72.3 bilion pada Oktober 2019 kepada RM73.4 bilion.

Nilai eksport semula RM17.6 bilion, yang menyumbang 19.3 peratus kepada jumlah eksport, menurun 4.9 peratus berbanding Oktober 2019. Sebaliknya, import mencatatkan penurunan 6.0 peratus tahun ke tahun kepada RM68.9 bilion. Ini adalah penurunan bulan kelapan berturut-turut sejak Mac 2020. Jumlah dagangan pada Oktober 2020 bernilai RM160.0 bilion, menyusut 2.5 peratus tahun ke tahun.” jelas Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi satu kenyataan media yang diedarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Terdapat peningkatan dalam eksport pada Oktober 2020 di mana ia disumbangkan oleh eksport yang lebih tinggi ke Amerika Syarikat (+RM2.3 bilion), China (+RM664.6 juta), India (+RM471.3 juta) dan Kesatuan Eropah (+RM348.9 juta). Manakala penurunan import iaitu dari Singapura (-RM2.9 bilion), Australia (-RM1.4 bilion), Thailand (-RM431.4 juta) dan Arab Saudi (-RM427.6 juta) menyumbang kepada penurunan jumlah import.

“Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport adalah keluaran getah (+RM2.9 bilion); minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (+RM1.7 bilion) dan barangan elektrik dan elektronik (+RM1.1 bilion). Sementara itu, penurunan import dicatatkan bagi barangan perkilangan logam (-RM947.1 juta); barangan besi dan keluli (-RM891.1 juta); keluaran petroleum (-RM771.1 juta) dan jentera, kelengkapan dan peralatan (-RM612.1 juta).

Manakala import mengikut penggunaan akhir mencatatkan penurunan bagi barangan perantaraan dan barangan modal. Import barangan perantaraan (RM35.3 bilion) menurun 6.1 peratus dan barangan modal (RM7.0 bilion) menyusut 17.1 peratus. Sebaliknya, import barangan penggunaan meningkat 6.5 peratus daripada RM6.1 bilion kepada RM6.5 bilion.” kata DOSM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...