AM

HARMONI akan bermesyuarat pada 16 Oktober 2020, bincang agenda kesefahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama

96

PUTRAJAYA 1 Oktober 2020 – Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan satu mesyuarat bersama Presiden dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) di sini pada hari ini. Dalam mesyuarat tersebut MCCBCHST diwakili oleh seramai 13 orang yang mewakili badan dan pertubuhan agama-agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao.

Sumber Foto : Kementerian Perpaduan Negara

“Kementerian menyambut baik kehadiran Ahli Jawatankuasa MCCBCHST untuk beramah mesra dan mewujudkan persefahaman serta keharmonian antara penganut agama di Malaysia.

YB Menteri Perpaduan Negara mengambil maklum akan fungsi MCCBCHST sebagai badan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi mewakili pelbagai agama utama di Malaysia.” kata Kementerian Perpaduan melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan turut memaklumkan bahawa satu mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Antara Agama yang telah dijenamakan sebagai HARMONI akan diadakan buat kali pertama pada 16 Oktober 2020. Menurut Kementerian lagi, HARMONI yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri Perpaduan Negara dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini akan membincangkan agenda memperkukuhkan kesefahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Sumber Foto : Kementerian Perpaduan Negara

YB Menteri Perpaduan Negara turut menyerahkan kit promosi Kempen Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti kepada Presiden dan Ahli Jawatankuasa MCCBCHST yang hadir ke mesyuarat hari ini. Kit yang mengandungi poster, kain rentang dan bunting yang membawa mesej pembudayaan norma baharu ini akan dipamerkan di premis ibadat masing-masing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...