AM

Semarakkan Sambutan Merdeka melalui ekspresi Momen Negaraku

120

KUALA LUMPUR 29 Ogos 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan semangat patriotik melalui ekspresi Momen Negaraku di platform media sosial.

“Semua rakyat boleh menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan memuat naik ekspresi Momen Negaraku sama ada dalam bentuk foto, video dedikasi merdeka, Tik tok Merdeka Moment, mahupun apa juga aktiviti yang menunjukkan semangat patriotik dengan tanda pagar (hashtag) #MomenNegaraku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Menerusi posting yang dimuat naik, orang ramai boleh menjayakan #MerdekaChallenge sebagai tanda semarakkan Bulan Kebangsaan” ujar Saifuddin melalui satu siaran media yang diedarkan semalam.

Sumber Foto Faccebook Rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia

Dalam pada itu, semalam Saifuddin menyertai program Konvoi Info On Wheels (IOW) dan Turun Padang (Walkabout) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di mana ia melibatkan tiga lokasi utama iaitu Little India Brickfields, Jalan Pasar Pudu dan Kampung Baru.

Program-program tersebut diadakan bertujuan bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 dengan menyantuni rakyat agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Sumber Foto Faccebook Rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia

Konvoi IOW dan Walkabout Merdeka tersebut merupakan program turun padang (walkabout) Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut ke sekitar Kuala Lumpur sambil mengedarkan 700 unit Jalur Gemilang dan bahan penerbitan berupa risalah PENJANA, poster Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 kepada orang ramai dan premis perniagaan berhampiran.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Sukari Ab. Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Tuan Haji Hashim Haji Bedu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...