AMMuzik & Hiburan @ My LNA

Tahniah GERAN – Saifuddin Abdullah

105

18 Ogos 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Saifuddin Abdullah mengucapkan tahniah kepada pengarah tempatan Areel Abu Bakar dan seluruh kru produksi yang terlibat di depan lensa kamera dan di belakang tabir filem tempatan, ‘Geran’ terbitan Layar Pictures Sdn. Bhd. yang diumumkan merangkul anugerah kecemerlangan filem aksi ‘Daniel A. Craft Award for Excellence in Action Cinema’ di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19 di Amerika Syarikat.

“NYAFF yang akan bersiaran dalam talian melalui aplikasi Smart Cinema dari 28 Ogos hingga 12 September 2020, adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mengangkat pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia.

Kemenangan ini membuktikan bahawa industri perfileman negara mampu bersaing dan setaraf dengan filem-filem terbaik Asia.” kata Saifuddin melalui kenyataan media yang diedarkan semalam.

Tambah beliau, pencapaian yang membanggakan ini mencerminkan keupayaan dan aspirasi industri perfileman negara ke arah ‘Road to Oscars’, seiring dengan rangka kerja dan hala tuju FINAS dalam memastikan sasaran ini menjadi satu realiti dalam tempoh jangka masa yang panjang.

“Usaha ini perlu diteruskan dalam memartabatkan industri perfileman di peringkat antarabangsa” ujarnya.

Filem Geran yang mengangkat seni persilatan Gayong Pusaka menampilkan pelakon Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng (koreografer aksi silat) dan Megat Shahrizal. Ditayangkan di pawagam pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei, filem tersebut mengisahkan satu keluarga pesilat yang mempertahankan maruah dan tanah rumah mereka daripada tergadai selepas adik mereka menghilangkan diri dan menggadai geran tanah itu kepada lintah darat.

Kemenangan Geran di NYAFF ini meletakkan pengarah filem Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...