AMPolitik @ My LNA

PEJUANG – Nama Parti baharu Tun M

76

12 Ogos 2020 – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendedahkan nama bagi parti baharu yang ditubuhkan oleh beliau iaitu PEJUANG.

Menurut beliau Pejuang ditubuhkan untuk membersihkan negara daripada rasuah dan politik wang yang sudah mula menghancurkan agama, bangsa dan negara.

“Parti ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia terutama bagi orang Melayu yang mahu memperjuangkan dan membenteras rasuah serta politik wang.

“Parti ini perlu bersih daripada rasuah dan politik wang serta mereka yang telah meninggalkan Bersatu mempunyai masa depan cerah untuk sertai Pejuang,” kata bekas Pengerusi PPBM (Bersatu) tersebut selepas memperkenalkan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang bertanding atas tiket Bebas mewakili Pejuang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (Dun) Slim di Slim River semalam.

Terdahulu beliau telah menulis di blognya semalam satu entri yang bertajuk PARTI BAHARU – PEJUANG di mana antara yang ditulisnya adalah ‘Kita tubuh parti untuk selamatkan kita. Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita. Demikian Bersatu. Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat.’ yang ditujukan khas kepada parti PPBM khususnya kepada Presiden PPBM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jumaat lepas, Ahli Parlimen Langkawi itu telah mengumumkan penubuhan parti politik baharu yang mewakili orang Melayu dan parti tersebut tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran.

Kata negarawan itu lagi, parti baru itu akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan pastikan rakyat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga akan mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...