AMMuzik & Hiburan @ My LNA

Pengguna media sosial tidak perlu pohon lesen FINAS- Saifuddin Abdullah

113

24 Julai 2020 – Mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia YBM Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari memaklumkan bahawa Kabinet telah bersetuju dan memutuskan beberapa ketetapan yang selari dengan pendirian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta FINAS untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

“Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.

Kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] dengan mengambil kira situasi semasa” jelas beliau.

Saifuddin turut mengulangi bahawa seperti apa yang diumumkan oleh beliau pada 20 Jun lepas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.

“Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat.” ujar Saifuddin.

Semalam Menteri KKMM tersebut tampil memberikan penjelasan mengenai laporan yang tular berkaitan dengan keperluan lesen FINAS untuk perfileman berikutan jawapan beliau kepada soalan yang ditujukan oleh Ahli Parlimen Kluang di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurutnya, ketika menjawab soalan itu, beliau hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981 di mana akta tersebut telah digunakan selama ini, iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk BN dan PH.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...