AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

178
Timbalan Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (atau SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:

(i) Pertama, memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding
tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;

(ii) Kedua, meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada 1,200 ringgit berbanding 600 ringgit pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal 600 ringgit; dan

(iii) Ketiga, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

“Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan 700 juta ringgit berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan 130 juta ringgit. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu 100 ringgit sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan 50 ringgit sebulan untuk golongan bujang. Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu 600 ringgit untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan 300 ringgit untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.” kata Hui Ying.

Katanya lagi, setakat 26 Mac 2024 sejumlah 210 juta ringgit telah disalurkan kepada 700,000 penerima SARA seluruh negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...