AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNANiaga @ My LNA

RBO@KPLB mantapkan daya saing produk luar bandar, beroperasi pada Oktober – Menteri KPLB

127

PUTRAJAYA 23 Julai 2020 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengadakan Sesi Padanan produk Program Rural Business Outlet (RBO@KPLB) di Dewan Lestari di kementerian pada pagi semalam. Program tersebut berkonsepkan pusat sehenti yang memasarkan produk-produk usahawan desa yang terpilih dan berpotensi. Di samping itu ia juga menyediakan platform pemasaran kepada produk usahawan bimbingan KPLB yang berpotensi serta membantu menyediakan platform promosi produk di pasaran komersil.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, YBM Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang hadir meninjau program tersebut yakin produk luar bandar mampu melakukan penempatan produk (Product Placement) jika terus fokus dan komited menghasilkan produk yang berdaya saing tinggi.

“Pengusaha-pengusaha di Jogja, Surabaya, Bali turun-temurun mengusahakan barangan mereka. Mereka jadikan industri sebegini turun temurun. Contohnya di Ubud, Bali kita dibawa kepada pengusaha-pengusaha tempatan sama juga di Jogja kita dipaparkan dengan pengusaha-penguna Batik yang amat halus. Kita perlu adaptasi seperti itu dalam masyarakat kita, dalam negara kita” katanya.

Tambah Dr Abd Latiff produk-produk yang terpilih untuk dipasarkan merupakan produk yang berpotensi tinggi dan mempunyai kualiti untuk pasaran eksport.

Sumber Foto Facebook Rasmi KPLB

“RBO@KPLB ditubuhkan bagi memenuhi permintaan masyarakat untuk mendapatkan produk-produk usahawan desa yang sebelum ini hanya dipasarkan di kawasan setempat atau secara bermusim semasa berlangsungnya karnival atau pameran jualan produk tempatan seperti Karnival Usahawan Desa (KUD) atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) sahaja.

RBO@KPLB akan dilaksanakan melalui pasar mini premium yang menempatkan produk usahawan desa yang terpilih berdasarkan tiga kluster iaitu makanan, fesyen dan kraf.” ujarnya.

Sumber Foto Facebook Rasmi KPLB

Jelas Dr Abd Latif lagi, Sesi Product Pitching tersebut juga merupakan sesi temuduga bagi memilih produk yang berpotensi untuk dipasarkan di Rural Busines Outlet (RBO@KPLB). Ia melibatkan seramai 67 usahawan bimbingan KPLB bersama dengan wakil-wakil panel dari Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, wakil dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan wakil operator RBO@KPLB iaitu SD Impext.

Objektif Program RBO@KPLB termasuklah:

i. Menyediakan platform jualan yang tetap kepada usahawan terpilih;
ii. Mempromosikan produk usahawan desa ke peringkat nasional;
iii. Membantu usahawan untuk memajukan perusahaan dan meningkatkan hasil jualan produk keluaran usahawan desa;
iv. Menyediakan peluang kerja kepada warga tempatan secara tidak langsung dengan pertambahan pengeluaran produk;
v. Membantu usahawan mengenalpasti potensi produk keluaran mereka dengan adanya bimbingan lanjutan dari program ini; dan
vi. Membantu meningkatkan pendapatan usahawan desa.

“Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada usahawan desa yang telah mendapat bimbingan KPLB. Keutamaan adalah diberikan kepada usahawan yang mempunyai alamat perniagaan di kawasan parlimen luar bandar dan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Produk usahawan desa yang dipasarkan di RBO@KPLB mestilah merupakan produk buatan Malaysia dan telah mendapat pengiktirafan dan persijilan Halal, MESTI, GMP dan HACCP. Sebagai projek rintis, KPLB mensasarkan penglibatan lebih 50 orang usahawan berpotensi dengan sasaran pasaran sebanyak 200 produk.

Lokasi projek rintis yang telah dipersetujui sebagai RBO@KPLB yang pertama ialah di Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor, yang merupakan premis di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan agensi di bawah KPLB.” terang Dr Abd Latif.

Tambah Menteri KPLB itu lagi, pembinaan RBO@KPLB ini dijangka siap pada pertengahan Ogos 2020 dan seterusnya beroperasi pada awal bulan Oktober 2020.

“Pada masa ini, KPLB bersama Agensi Pelaksana iaitu MARA sedang dalam proses memuktamadkan produk-produk yang berpotensi untuk dipasarkan di outlet pertama ini” ujar Dr. Abd Latif.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...