BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Malaysia tolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026

134

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 – Kerajaan memutuskan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan
Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Keputusan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Menurit Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini, delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari 2024.

“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini.” kata KBS.

Justeru, Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...