BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Pengimport Kurma Israel tarik produk dari Pasaran, Mohon Maaf.

180

Oleh JomCheck

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, isu kurma yang didakwa dari Israel pasti menjadi perbualan hangat.

Tahun ini, isu ini lebih mendapat perhatian kerana terdapat beberapa portal yang berkongsi senarai kurma dari Israel yang ada di pasaran Malaysia.

Selain itu turut tular video peniaga yang menukar kotak kurma sekaligus mewujudkan persepsi bahawa kurma tersebut dari Israel.

Benarkah terdapat kurma dari Israel yang dijual di Malaysia sedangkan kedua-dua negara ini tiada sebarang hubungan diplomatik?

Rakan JOMCHECK, MalaysiaKini melaporkan kurma dari Israel wujud di pasaran Malaysia dan telah dirampas pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

STATUS: BENAR
PENJELASAN: Pengimport produk tersebut iaitu Matahari Sdn Bhd mendapat bekalan dari syarikat di Greece, meletak nama negara Israel bagi pematuhan pensijilan organik. Mereka telah membuat permohonan maaf dan menarik balik produk itu dari pasaran.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/699440

Penjelasan penting yang dikeluarkan beserta maklumat tambahan yang diperolehi adalah:

a. Pengimport tidak pernah berurusan dengan syarikat dari Israel dan mendapat bekalan kurma dari pembekal dari produk organik yang berpangkalan di Greece.
b. Pengimport meletakkan label ‘Israel/Kawasan Pelestin yang diduduki’ berdasarkan maklumat pada sijil analisis oleh pembekal.
c. Perkara ini dibuat sebagai pematuhan kepada syarat pensijilan organik tanpa niat untuk menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia.
d. Menyedari isu ini, pengimport telah menarik balik produk mereka dari pasaran selain rampasan yang dilakukan oleh Jabatan Kastam.

Lepas ini kalau anda rasa ragu-ragu dengan maklumat yang dijumpai, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...