Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

267

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made Simple 2024 kini dibuka kepada semua murid dan guru sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 10 Mac sehingga 9 Mei 2024. ‘Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition’ dipilih sebagai tema pertandingan bagi edisi 2024 bagi menyeru murid-murid untuk meneroka penggunaan semula bahan kertas dan plastik, masing-masing sebagai sumber buangan terbesar dan kedua terbesar yang dibazirkan di tapak pelupusan sampah di negara ini secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk baharu pelbagai fungsi yang mempunyai nilai tambah. Selain membantu menangani masalah pencemaran alam sekitar, penekanan penggunaan semula bahan buangan melalui pertandingan ini juga secara tidak langsung memperkukuh inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula menjelang tahun 2025.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Universiti Malaya, khususnya Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad, dengan kerjasama dan sokongan penuh daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui pertandingan ini, murid-murid juga akan dibimbing oleh para pensyarah daripada Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya selaku mentor bagi pembangunan produk yang dicadangkan. Secara tidak langsung, pertandingan ini melibatkan kerjasama strategik pelbagai pihak iaitu akademik, industri, kerajaan, dan masyarakat. 

Antara objektif utama pertandingan ini adalah untuk memupuk budaya kreatif dan inovasi melalui kajian dan reka cipta secara Do-It-Yourself (DIY) dikalangan murid sekolah disamping memperkukuhkan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah mereka seperti sifat kompetitif dan berdaya saing, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Pertandingan ini juga menjadi suatu platform dimana murid-murid boleh mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas, khususnya yang berkaitan dengan ilmu-ilmu reka bentuk, teknologi, keusahawanan dan sebagainya.

Menurut koordinator pertandingan, Sr Dr Nur Farhana Azmi yang merupakan pensyarah kanan daripada Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina Universiti Malaya, pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat baik sejak ianya dianjurkan pada tahun 2017 dan berharap agar penganjuran untuk edisi ke-8 pada tahun ini dapat menarik lebih banyak penyertaan daripada pihak sekolah. Terma dan syarat serta borang penyertaan pertandingan boleh didapati di https://myumcares.um.edu.my/diy-made-simple. Banyak hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM16,000 menanti para peserta, iaitu dalam bentuk wang tunai, baucar Mr DIY, sijil serta trofi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati melalui En Muhammad Asyraf Mansor@Noordin di asyraf90@um.edu.my atau +60 12-344 4671

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Universiti Malaya Meraih Juara Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Empat Kali Berturut-turut

Pasukan Debat Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, memenangi juara di...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...