BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Video Promosi Skim Pelaburan daripada Petronas adalah Palsu

407

Oleh JomCheck

Baru-baru ini JomCheck menemui beberapa video meragukan yang disiar sebagai iklan di aplikasi Youtube.

Iklan yang memaparkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik sedang mempromosikan satu platform pelaburan yang kononnya dijalankan oleh PETRONAS.

Salah satu video kelihatan meyakinkan dengan gerak bibir yang selari dan adanya tera air (watermark) portal MalaysiaKini.

Ia cuba meyakinkan penonton dengan memberi gambaran seolah-olah PETRONAS menjanjikan pulangan pelaburan stabil sebanyak RM 4,000 sebulan dan jaminan pulangan wang kepada pelabur yang gagal.

Hasil semakan mandiri JOMCHECK mendapati pihak PETRONAS sedia maklum tentang isu ini dan sudah mengambil tindakan secara undang-undang.

PETRONAS turut menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga dan tidak terpedaya dengan video ini.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Melalui siaran media PETRONAS, video tersebut telah disahkan palsu kerana ia pelaburan tidak wujud dan menyalahguna nama PETRONAS dan juga presidennya.

Sumber: https://www.petronas.com/media/media-releases/new-fake-investment-scam-alert-unauthorised-use-petronas-and-ceos-name

Penjelasan penting berhubung isu ini adalah:

a. Pihak pengurusan PETRONAS turut menegaskan bahawa tidak wujud sebarang platform pelaburan daripada mereka.
b. Video iklan berkenaan menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI) yang memanipulasikan imej organisasi dan Presiden PETRONAS.
c. PETRONAS telah membuat laporan polis berkenaan isu ini dan menyeru agar orang ramai tidak terpedaya dengan skim pelaburan palsu tersebut.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...