BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

214

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat.

Kami ingin melahirkan kekuathiran tentang kesediaan pihak kerajaan untuk melaksanakan janji pilihan raya khususnya dalam melunaskan agenda Reformasi yang baik untuk negara.

Kami menegaskan, negara kita kini memerlukan pelaksanaan agenda Reformasi agar isu penting seperti tatakelola yang baik, agenda menghapuskan rasuah, serta kerajaan yang bersih dapat ditangani sebaiknya.

Maka, hari ini kami sebulat suara mewakili organisasi Perikatan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Malaysia Gurdwara Council (MGC), Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) dan lain-lain mendukung tuntutan Reformasi 100% yang selari dengan Deklarasi Pemimpin Agama dan NGO Agama sempena PRU15 kami, bagi memastikan negara kita menuju ke haluan yang tepat untuk membina sebuah sistem tatakelola yang baik.

Kami melihat apa yang diperjuangkan ini adalah tepat pada masanya dan perlu. Ia tidak hanya untuk masyarakat kita kita tetapi manfaatnya untuk generasi mendatang.

Kami akur bahawa untuk melaksanakan perubahan (change) dan pembaharuan adalah satu usaha murni yang amat mencabar dan akan menghadapi tentangan dari saki baki kleptocracy.

Namun, usaha gigih kearah Reformasi 100% harus di pertahankan dan dipercepatkan

Justeru, kami ingin tegaskan bahawa pihak kerajaan Perpaduan harus mengambil serius tuntutan Reformasi 100% ini serta mengambil tanggungjawab untuk melaksanakannya demi kebaikan negara.

Ir Haji Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin. – Penyelaras

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...