BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

KEB 2024 : Ukuran kejayaan sebenar terletak pada usaha menyeluruh pemegang taruh ekonomi Bumiputera

167

PUTRAJAYA 15 Mac 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bersama pengerusi-pengerusi Kumpulan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang mana resolusi ini diangkat menjadi agenda baharu pemerkasaan Bumiputera hasil daripada penganjuran KEB 2024 yang lepas.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mac 2024, telah bersetuju, antara lain, supaya satu sekretariat tetap telah ditubuhkan di bawah MEB yang akan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri bagi memastikan setiap resolusi tersebut diperhalusi dan dipastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Manakala, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja MEB bagi memastikan proses pelaksanaan dapat dijalankan secara efektif dan berkesan.

“Mesyuarat telah memuktamadkan 74 resolusi (dari 82 resolusi asal yang berlaku pertindihan) dan 150 program yang digariskan melalui pembentangan 10 Kumpulan KEB. Resolusi dan program ini telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera melalui Tiga Matlamat iaitu Keadilan Sosio-ekonomi, Kemampanan Negara Bangsa dan; Kemakmuran Negara dan Kesejahteraan Rakyat.

Ini termasuk juga cadangan Perbadanan Tanah Bumiputera, Tabung Waqaf MARA Madani, Generasi Usahawan Bumiputera dan Pembangunan Tanah Rizab Melayu seperti yang telah diutarakan di dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, tempohari.” kata Ahmad Zahid.

Katanya lagi, Mesyuarat juga telah menetapkan jeda waktu bagi setiap kumpulan mengemukakan laporan kemajuan secara berkala dan menetapkan sasaran untuk satu Sesi Pelaporan Setahun Pelaksanaan KEB dilakukan secara berperingkat dan dibentangkan sepenuhnya pada Mei 2025.

“Ini bagi meningkatkan keyakinan rakyat akan kesungguhan Kerajaan Madani di dalam melaksanakan apa yang telah diresolusikan.

Bagi mengukur kejayaan sebenar KEB 2024 ia terletak pada usaha menyeluruh semua pemegang taruh ekonomi bumiputera untuk menterjemahkan resolusi tersebut dalam bentuk pelaksanaan yang efektif bagi memenuhi harapan dan aspirasi rakyat. Segala tindakan susulan akan sentiasa diperhalusi, dipantau secara berkala dan pelaksanaannya ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk mengangkat darjat ekonomi Bumiputera ke tahap yang lebih baik.” kata Ahmad Zahid.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...