AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

“Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman” tema HPK 2024

339

PUTRAJAYA, 15 Mac 2023 -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Tahun 2024 yang disambut bersama Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day) pada 15 Mac setiap tahun.

Tema HPK pada tahun ini adalah “Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman”. Tema tersebut adalah selari dengan matlamat KPDN dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa dan cabaran mendatang.

Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemilihan tema itu juga bertepatan dengan peralihan kepada era Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital yang berpaksikan kepada pelbagai jenis teknologi seperti Generasi Kelima (5G), Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

“Antara objektif penganjuran Hari Pengguna Kebangsaan 2024 adalah untuk merancakkan lagi advokasi dan pendidikan berkenaan hak-hak dan perlindungan pengguna daripada pelbagai jenayah siber seperti penipuan dalam talian, phishing, penyalahgunaan rangkaian dan teknologi serta penipuan/pemalsuan perihal dagangan atas talian.

Program hari ini juga merupakan kesinambungan Program Sesi Libat Urus ‘Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna (3P)’ pada 20 Februari 2024 lalu yang telah menyediakan platform kepada para pemegang taruh untuk memberikan maklum balas dan pandangan bagi menambah baik kerangka Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN 2.0) dan Pelan Tindakan Kepenggunaan 2030 (PTK 2030).” kata Armizan dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Tambah beliau, KPDN yakin dan percaya penglibatan aktif gerakan pengguna dengan memaknai ‘Kuasa Pengguna’ akan membawa impak besar dalam mewujudkan ikhtiar nasional, melalui pendekatan ‘whole of nation’, dalam merealisasikan matlamat Kerajaan dalam memelihara kepentingan pengguna dan menyantuni isu kos sara hidup rakyat.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...