BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Hantaran Seru Orang Ramai Hindari Peranti Elektronik kerana Sinaran Kosmik adalah palsu

106

Oleh JomCheck

Ada yang bertanya JomCheck tentang kesahihan mesej tular yang mengajak orang ramai menjauhi peranti elektronik pada jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi.

Seruan ini dimulakan kononnya kerana bumi akan menerima radiasi yang paling tinggi akibat daripada sinaran kosmik yang melintasi bumi dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.

Mesej itu turut menyenaraikan beberapa agensi dan saluran media seperti TV Singapore, Google, The National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan The British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai sumber

Oleh itu JomCheck telah melakukan semakan untuk mencari jawapan bagi isu ini dan mendapati portal semakan fakta India, Vishvas News telah menepis dakwaan ini pada tahun 2019.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Hantaran ini dipercayai dimulakan di India pada tahun 2019 dalam Bahasa Inggeris dan telah disangkal faktanya oleh Indian Space Research Organisation (ISRO).

Sumber: https://www.vishvasnews.com/english/society/fact-check-post-asking-people-to-switch-off-phone-due-to-cosmic-rays-is-fake/

Isi penting untuk mengukuhkan hujah di atas adalah:

a. Mesej dari India itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan mula tersebar di Malaysia seperti dalam bentuk yang kami terima.
b. Sebenarnya, bumi sentiasa ‘bersentuhan’ dengan sinar kosmik namun, ia tidak memberi kesan kepada penduduk bumi kerana adanya lapisan atmosfera yang sentiasa memantulkan kembali sinaran ini ke angkasa.
c. Tiada sebarang siaran televisyen yang diberi nama TV Singapore seperti yang dipetik di dalam mesej.

Kesimpulannya, sinaran kosmik tiada kaitan dengan penggunaan peranti elektronik dan kita semua di bumi ini selamat sahaja. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...