AMBiz @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

ikhlas.com lancar kempen Sadaqah 1,000 Bulan

119

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) melancarkan kempen Sadaqah 1,000 Bulan sempena meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengagihkan 200 set bakul makanan kepada keluarga asnaf di sekitar Pantai Dalam.

Kempen itu bertujuan memudahkan umat Islam bersedekah dan menambah ganjaran pada bulan yang sangat dimuliakan ini. Selain transaksi yang mudah, cepat dan selamat dengan IKHLAS Sadaqah menerusi laman web atau aplikasi ikhlas.com, wang yang disedekahkan itu akan disalurkan 100% terus kepada golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sepertimana Ramadan terdahulu, ikhlas.com akan melaksanakan agihan setiap hari dengan bantuan Sahabat IKHLAS melibatkan lebih 100 lokasi di seluruh negara untuk memastikan setiap ringgit yang disedekahkan dapat dinikmati oleh pelbagai golongan penerima yang memerlukan.”

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan set bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan harian termasuk beras, tepung, santan, gula, garam dan lain-lain bersama Duta ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor kepada para penerima di Surau Insaniah, Taman Bukit Angkasa.

Ramadan ini merupakan tahun keempat IKHLAS Sadaqah mengumpulkan dana dan menyempurnakan agihan kepada golongan yang memerlukan sejak tahun 2020. Sehingga kini jumlah dana yang dikumpul dan diagihkan mencecah hampir RM4.8 juta.

Sementara kempen Sadaqah 1,000 Bulan sempena Ramadan yang bermula sejak 2022 pula berjaya mengumpul lebih RM610,257.30 pula telah diagihkan dan dimanfaatkan oleh kira-kira 6,000 keluarga setakat 2023.

Untuk berinfaq atau maklumat lanjut tentang kempen Sadaqah 1,000 Bulan dan perkhidmatan gaya hidup dan kembara mesra Muslim yang lain, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih di Apple App Store dan Google Play Store.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...