BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Kerajaan beriltizam teruskan agenda pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional

171
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramly. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 – Dalam usaha menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia dan memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih bermutu, Kerajaan beriltizam untuk meneruskan agenda pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional ke arah mencapai outcome yang saksama untuk Bumiputera.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Kerajaan akan melakukan anjakan dalam menambah baik agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memastikan hala tuju ini adalah lebih bersifat inklusif tanpa meminggirkan sesiapa di Malaysia.

“Selain itu, Kerajaan akan memperluaskan peranan syarikat berkaitan Kerajaan dan syarikat berkaitan pelaburan Kerajaan (GLC dan GLIC) dalam mendukung agenda Bumiputera sebagai agenda nasional serta memainkan peranan lebih proaktif dalam mempergiat serta menggerakkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui pelaksanaan dasar serta inisiatif di GLC dan GLIC berkenaan.

Kerajaan juga sedang meneliti dan menambah baik agenda baharu pemerkasaan Bumiputera. Sehubungan itu, penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024 merupakan platform untuk mendapatkan input dan pandangan bagi menambah baik agenda pemerkasaan Bumiputera supaya lebih menyeluruh ke arah mencapai masyarakat yang lebih adil, saksama dan inklusif.” kata Rafizi ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pagi ini.

Katnya lagi, kesemua intipati hasil daripada KEB 2024, input daripada sesi libat urus dan microsite KEB2024 akan dicerakin untuk diterjemahkan ke dalam hala tuju agenda baharu pemerkasaan Bumiputera.

“Pelan jangka panjang agenda baharu pemerkasaan Bumiputera yang lebih segar dan inklusif tanpa meminggirkan peranan oleh semua etnik di Malaysia ini akan dirangka untuk tempoh 10 tahun yang akan datang dan dijangka diluncurkan pada Jun 2024 ini.

Ini termasuklah kaedah-kaedag serta pendekatan baharu yang menepati ciri status pembangunan dan sosio-ekonomi tempatan bagi meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera khususnya dalam segmen-segmen ekonomi baharu seperti bidang pertumbuhan tinggi dan nilai ditambah tinggi (HGHV) yang telah pun dimasukkan ke dalam rangka kerja ekonomi jangka panjang negara.” kata Rafizi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...