BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNAPertanian @ My LNAUTAMA

KPKM pandang serius impak El Nino kepada sektor Agromakanan

233
Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup di Parlimen. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius mengenai kesan fenomena El Nino kepada sektor agromakanan khususnya terhadap sub sektor padi dan beras kerana ianya boleh menjejaskan bekalan makanan negara.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Beufort di Dewan Rakyat pagi ini, KPKM telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi menampan impak fenomena tersebut.

“Pertama, Kementerian menerusi agensi dibawahnya iaitu MADA, KADA dan IADA telah mengambil inisiatif awal seperti mengagihkan pam backwards dan pam mudah alih berkuasa antara 7hp hingga 30hp, membina telaga tiub, memperbaiki rumah pam dan sebagainya bagi membekalkan air memandangkan bekalan air dari pengairan utama berada pada tahap minimum.

Kedua, Memperbanyakkan parit jejari dan mendalamkan saliran sawah sedia ada bagi membantu mencukupkan bekalan sumber air ke dalam sawah.

Ketiga, beberapa kawasan juga telah membuat aplikasi pengguna gel mikro yang dapat menyimpan air dalam tanah dengan bantuan medium gel supaya tanah sentiasa berada dalam keadaan lembab dan dapat membekalkan air pada masa kritikal dan keempat, sekiranya keperluan mendesak, Kementerian bersedia melakukan pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Meteriologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan jumlah taburan hujan di kawasan-kawasan takungan air bagi kawasan penanaman padi.” katanya.

Tambah beliau, KPKM turut menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kemerosotan pengeluaran padi disebabkan perubahan cuaca di luar jangka iaitu melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...