BernamaBM @ MY LNAWanita @ My LNA

Talentcorp berperanan penting dalam menyokong Kesuma untuk memperkasa Agenda Wanita

237
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp bersama penerima Anugerah Wanita MyWIRA.

PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) – Dalam kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan telah mensasarkan kepentingan penglibatan Wanita dalam tenaga kerja sebanyak 60 peratus bagi memperkukuh strategi bakat yang akan memenuhi keperluan Ekonomi MADANI. Namun, pertumbuhan kadar penyertaan Wanita dalam tenaga kerja masih lagi rendah iaitu sebanyak 56.3 peratus pada suku tahun ke-empat 2023.
 
Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensinya, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) memperkenalkan Inisiatif baharu iaitu Wanita MyWIRA yang bertujuan untuk mengurangkan jurang tenaga kerja. Sebagai agensi yang ditugaskan untuk menggerakkan strategi bakat, Wanita MyWIRA akan menjadi sebuah hub inisiatif yang akan memperkasa wanita serta menstruktur kesemua program-program Wanita di bawah seliaan TalentCorp.
 
YB Steven Sim Chee Keong dalam ucapannya semasa melancarkan Inisiatif tersebut berkata, TalentCorp telah diberikan mandat oleh KESUMA untuk memperkasa tenaga kerja Negara, termasuklah mempertingkat inisiatif yang mengangkat nilai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI) yang membantu mencapai matlamat Kadar Penyertaan Tenaga Kerja Wanita (FLFPR).
 
“Memandangkan Negara kekurangan maklumat dan data bagi guna tenaga dalam kelompok Wanita yang telah berhenti kerja dan sebaliknya, adalah penting untuk kita mempunyai data yang sebenar dan khusus bagi membantu mereka. Justeru, TalentCorp telah dipertangunggjawabkan melalui inisiatif Wanita MyWIRA untuk melakukan transformasi  pendigitalan Program Kembali Berkerjaya (CCP) yang akan memudahcara insentif percukaian serta mengumpul data sebenar dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan kedudukan wanita disamping memperkukuh kerjasama rentas agensi dibawah KESUMA” katanya.
 
Inisiatif Wanita MyWIRA ini sejajar dengan matlamat kerangka ekonomi MADANI untuk mencapai kesaksamaan gender. Ia merupakan tunjang kepada program-program yang memperkasa Wanita termasuklah Insentif Cukai melalui program CCP yang dilanjutkan sehingga 2027.
 
Selain itu, TalentCorp turut menganjurkan pelbagai program advokasi yang menyokong majikan dalam menerapkan nilai DEI bagi menarik penyertaan Wanita dan ibu bapa yang berkerja termasuklah Women Industry Network, Aturan Kerja Fleksibel (FWA), sokongan amalan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life practices).
 
Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp berkata TalentCorp akan terus memberi sokongan kepada wanita dan bakat terpendam yang boleh membantu mencapai aspirasi Ekonomi MADANI.
 
“Di bawah Inisiatif Wanita MyWIRA, kami akan memanfaatkan platform penilaian dan pemprofilan MyNext bagi mewujudkan pangkalan data berpusat untuk Tenaga Kerja Wanita serta inisiatif lain seperti Senarai Pekerjaan Kritikal (MyCOL) dan memperkukuh Kerjasama Industri-Akademia (IAC) untuk menyokong inisiatif wanita seperti yang dimandatkan oleh YB Menteri” katanya.
 
“Kami percaya bahawa dengan pendigitalan data khusus untuk wanita, kami mampu menyediakan maklumat tepat yang dapat memperkasa inisiatif Wanita. Kami juga akan bekerjasama dengan semua agensi rentas Kementerian, sektor swasta, dan akademia kerana tiada manusia yang berdiri sendiri; oleh itu, kita perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat ini,” tambahnya.
 
Inisiatif tersebut dilancarkan seiring dengan pelaksanaan sambutan Hari Wanita Sedunia TalentCorp yang berlangsung dari 2 – 9 Mac 2024. Terdapat pelbagai aktiviti disajikan bagi menyuntik semangat penyertaan Wanita berkemahiran termasuklah Konvensyen Kerjaya Wanita pada 9 Mac, karnival kerjaya yang disertai syarikat yang diketuai oleh Wanita serta menawarkan FWA. Konvensyen tersebut turut menawarkan perkhidmatan penulisan Resume, bengkel temuduga pekerjaan, serta sesi perkongsian berhubung nilai DEI.
 
TalentCorp turut menyasarkan penyertaan lebih 1 ribu peserta dalam kalangan Wanita dari pelbagai latar belakang. Antara syarikat-syarikat yang turut bekerjasama dalam menjayakan Konvensyen Kerjaya Wanita TalentCorp termasuklah Hiredly, Kiddocare, ManagedCare, British Petroleum, DHL, Exxon Mobil dan sebagainya.
 

Untuk ketahui lebih lanjut berhubung Inisiatif dan Program WanitaTalentCorp, sila layari www.talentcorp.com.my/wanitamywira 


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaGeneral News @ My LNAMy LNA English

Mercedes-AMG Petronas F1 Team Visits Petronas Twin Towers For The Company’s 50th Anniversary Celebration

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) — Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Principal Toto Wolff and...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

Arthur D. Little Expands Australian Office With Appointment Of Franco Santucci As Partner And Addition Of New Team

MELBOURNE, Australia, Oct 8 (Bernama) – Arthur D. Little (ADL) today announced an expansion of its Australian...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA EnglishWomen @ My LNA

Unirazak Vice Chancellor Honoured At 2024 World Women Economic And Business Summit

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) was invited to the...

BernamaFinance @ My LNAMy LNA English

Report On National Findings 2024 – Financial Capability & Utilization Of Financial Advisory Services In Malaysia

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Malaysian Financial Planning Council (MFPC) has released a Report on...