AMBM @ MY LNAUTAMA

Kerajaan akan atasi masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya

164

PUTRAJAYA, 6 Mac 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi a telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil.1/2024 dan beberapa keputusan penting jangka pendek dan jangka panjang telah diputuskan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan hotspot kesesakan.

Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan
Raya (JMKJR), langkah pertama yang diambil oleh Kerajaan adalah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van Demand Response Transit (DRT) di Lembah Klang bermula September 2024.

“Sejak dilaksanakan pada 3 Julai 2023, kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang telah menunjukkan respon yang amat menggalakkan. Data menunjukkan, berlaku penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan bas di lokasi (point-to-point) dan atas penjimatan tersebut berlaku penambahan jumlah penumpang secara harian sebanyak 20% sehingga 45%.

Justeru, dengan keberkesanan pengurangan masa perjalanan tersebut, peningkatan kekerapan bas dan jumlah penumpang harian, mesyuarat memutuskan untuk mengekalkan laluan khas bas Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang.

Malah, mesyuarat turut bersetuju memperluaskan laluan bas khas ke Jalan Klang Lama bermula Jun 2024, serta melaksanakan kajian bagi pelaksanaan lorong bas di Jalan Cheras (Taman Connaught – Jalan Pudu) serta Lebuhraya Persekutuan (Pusat Bandar Kuala Lumpur – Persimpangan Shah Alam).” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, langkah kedua yang diambil adalah melaksanakan sistem penyuaraian baharu secara berperingkat untuk lokasi-lokasi kritikal kesesakan setelah mendapatkan makluman daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ketiga, Kerajaan telah melaksanakan laluan kontra bagi membantu kesesakan lalu lintas khususnya di waktu puncak dan hasil kajian daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) menunjukkan 88% pengguna lebuhraya yang ditemui bersetuju bahawa laluan kontra berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalulintas. Mesyuarat bersetuju untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan langkah pengoperasian bagi mengelak isu-isu seperti insiden kemalangan hasil pemasangan kon dan penambahan pencahayaan ketika waktu hujan dan gelap.

Keempat, mesyuarat bersetuju untuk PLANMalaysia meneliti cadangan supaya projek-projek pembangunan menggunapakai konsep berasaskan Transit Oriented Development (TOD) sebagai salah satu langkah jangka masa panjang bagi mengurangkan kesesakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan pembangunan dan pengoperasian stesen ECRL, MRT, LRT dan KTMB.” kata Ahmad Zahid.

Bagi aspek keselamatan jalan raya, bagi tahun 2023, Malaysia telah mencatatkan jumlah kematian berkaitan lalu lintas sebanyak 6,443 orang setahun dengan purata 18 kematian sehari, bersamaan 1 kematian sebanyak 80 minit. Daripada jumlah tersebut 4,480 kematian adalah pengguna motosikal dengan purata 12 kematian sehari dan 1 kematian setiap 2 jam.

“Kerajaan akan terus melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya seperti pelaksanaan program menaiktaraf infrastruktur keselamatan jalan raya termasuklah pembaikan permukaan jalan dan bahu jalan; menambahbaik papan tanda, garisan jalan, lampu jalan dan lampu isyarat.

Mesyuarat kali ini turut membincangkan cadangan-cadangan lain seperti penyuraian trafik Johor Bahru yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Selain itu, mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 7.4km dan penambahan 175 kemudahan hentian bas oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang tahun 2024 di kawasan Lembah Klang.” kata Ahmad Zahid.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...