AMBM @ MY LNAJenayahKeselamatan @ My LNAUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan sindiket warga Bangladesh

479

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 14 Februari 2024.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslin Jusoh berkata operasi bermula pada jam 2.00 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK).

“Pasukan operasi telah diatur gerak untuk menyerbu sebuah premis di sekitar Petaling Jaya, Selangor dan sebuah premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki warganegara India dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 28 hingga 31 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ sindiket berkenaan. Kesemua yang ditahan tidak memiliki Pas yang sah untuk berada di negara ini.” kata Ruslin.

Tambah beliau, turut ditahan semasa pemeriksaan adalah dua orang lelaki warganegara Bangladesh berusia 28 tahun yang dipercayai sebagai ahli sindiket. Katanya, seorang lelaki warganegara Bangladesh tidak memiliki Pas yang sah dan seorang lelaki warganegara Bangladesh telah tinggal lebih masa di negara ini.

“Pasukan operasi merampas empat naskhah pasport India milik orang lain, senaskhah pasport India disyaki palsu, senaskhah pasport Pakistan milik orang lain, senaskhah pasport Pakistan disyaki palsu, senaskhah pasport Bangladesh, 26 keping Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) disyaki palsu, dua keping kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) disyaki palsu, dua buah komputer riba dan sebuah pencetak.

Modus operandi sindiket adalah mensasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India dan Pakistan yang mempunyai masalah di Malaysia seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa. Suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti pasport palsu, PLKS palsu dan kad CIDB palsu. Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama satu tahun dan mengenakan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap naskhah pasport, RM500 bagi setiap PLKS dan kad CIDB.

Kesemua PATI ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.” katanya lagi.

JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...