AMPolitik @ My LNA

Cadangan Shafie Apdal sebagai calon PM perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH – Lim Guan Eng

92

30 Jun 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada malam semalam memutuskan cadangan pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Meurut Setiausaha Agung DAP YB Lim Guan Eng menerusi kenyataan media semalam, CEC mengambil maklum bahawa cadangan pencalonan ini adalah bersejarah kerana melibatkan seorang pemimpin dari Malaysia Timur dipertimbangkan buat julung kalinya.

“CEC menegaskan pendirian bahawa kedudukan Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan dan pada masa yang sama, Pakatan Harapan juga perlu bekerjasama dengan semua parti yang komited untuk menentang Perikatan Nasional.

Setelah mengambil pandangan dari semua ahli CEC yang hadir, mesyuarat memutuskan bahawa cadangan ini perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

CEC mengambil pendirian bahawa perkara ini adalah sangat penting dan Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu bermesyuarat dalam kadar yang segera sebelum persidangan Parlimen bermula pada 13 Julai 2020.” ujar Guan Eng.

Tambah beliau, CEC juga menyokong supaya Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Mohammad Ariff Bin Md Yusof dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Nga Kor Ming dikekalkan dalam jawatan mereka.

Selain DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) turut memutuskan adangan pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. AMANAH berpendapat bahawa isu pencalonan tersebut perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat tersebut demi menjamin kesepakatan dan kebersamaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...