AMNiaga @ My LNA

IHPR catat penurunan 5.5% pada Mei 2020

178

PUTRAJAYA, 30 Jun 2020 – Penurunan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan yang mengukur kos barangan di pintu kilang sebanyak 5.5 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei 2020, menandakan tiga bulan berturut-turut indeks jatuh ke wilayah negatif.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR, 42.9 peratus item menunjukkan peningkatan pada Mei 2020 berbanding Mei 2019. Sebaliknya, 49.9 peratus item menunjukkan penurunan manakala 7.2 peratus item kekal tidak berubah.

“Penurunan keseluruhan indeks Perlombongan (-52.7%) adalah didorong oleh kejatuhan harga komoditi global seperti minyak mentah dan gas asli. Selain itu, Bekalan air (-1.1%), Pembuatan (-0.8%) dan Bekalan elektrik & gas (-0.2%) juga menyumbang kepada penurunan indeks. Walau bagaimanapun, indeks Pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 5.5 peratus. IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari-Mei 2020 mencatatkan penurunan sebanyak 1.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan susut marginal 0.2 peratus pada Mei 2020. Penyusutan marginal ini disokong oleh peningkatan indeks Perlombongan 16.6 peratus yang telah mengimbangi kejatuhan bagi empat industri lain iaitu Pertanian, perhutanan & perikanan (-4.5%), Pembuatan (-0.8%), Bekalan elektrik & gas (-0.3%) dan Bekalan air (-0.3%). Ini adalah perubahan positif yang pertama bagi indeks Perlombongan setelah penurunan empat bulan berturut-turut sejak Januari 2020.” ujar beliau di dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Dr. Mohd Uzir, IHPR mengikut peringkat pemprosesan pada bulan Mei 2020 bagi Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya dan Bahan perantaraan, bekalan & komponen masingmasing mencatatkan penurunan 26.6 peratus dan 0.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Sebaliknya, indeks Barang siap meningkat 0.2 peratus.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...