AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

10 menara 4G baharu akan dibina di Chini – Saifuddin Abdullah

80

30 Jun 2020 – Sepuluh (10) menara baharu bagi perkhidmatan 4G akan dibina di Chini manakala sebanyak sebelas (11) menara sedia ada akan dinaik taraf dari 2G dan 3G kepada perkhidmatan 4G. Ini bagi menambah baik liputan Internet di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBM Dato’ Saifuddin Abdullah semenjak hujung Mei 2020 lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun menjalankan pemantauan ke atas capaian liputan Internet di DUN Chini.

“Untuk perkhidmatan jalur lebar tetap pula, sebanyak 439 premis daripada rangkaian jalur lebar tembaga (copper) sedia ada akan dinaik taraf kepada rangkaian jalur lebar gentian optik yang boleh menyokong perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps. Inisiatif penaiktarafan yang akan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ini dijangka siap menjelang hujung tahun 2021.

Sehingga kini, dua (2) stesen pemancar di menara sedia ada di Chini dan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai telah dinaik taraf ke perkhidmatan 3G dan 4G pada suku kedua 2020. Sebuah menara baharu dengan perkhidmatan 3G dan 4G juga telah dibina dan telah beroperasi semenjak suku kedua 2020.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini akan meningkatkan liputan dan kualiti capaian Internet di Chini sekaligus membolehkan rakyat mendapat manfaat secara menyeluruh menerusi perkhidmatan yang lebih pantas dan berkualiti.” kata Saifuddin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Saifuddin, beliau telah dimaklumkan bahawa seawal Jun 2020 lalu, proses menaik taraf dan peluasan liputan Internet telah dijalankan oleh Pihak Pemberi Perkhidmatan (Service Provider) dengan menempatkan Pemancar Telekomunikasi Bergerak (“Mobile Portable Base Station”) secara sementara serta menara-menara sedia ada telah dinaik taraf kepada rangkaian 4G secara kekal.

” Langkah tersebut adalah bagi menampung khalayak yang berkunjung ke Chini terutamanya kawasan rancangan penempatan utama Felda.

Hasil daripada kerja penambahbaikan dan penaiktarafan liputan tersebut, penduduk di DUN Chini amnya dan di kawasan sekitar mendapat manfaat dan menikmati liputan Internet yang lebih baik dan stabil daripada sebelum ini.” jelas Saifuddin.

Dalam pada iaitu, beliau sedar masih terdapat lagi tempat-tempat di dalam DUN Chini terutamanya di kawasan pedalaman yang masih kurang dan memerlukan peningkatan liputan komunikasi dengan pembangunan infrastruktur atau menara yang baharu.

” Usaha untuk merancang penambahbaikan liputan sedang dilaksanakan.
Kementerian saya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa komited dalam memastikan penduduk setempat mendapat perkhidmatan komunikasi yang terbaik demi kesejahteraan mereka.” ujar Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...