Ekonomi @ My LNAUTAMA

PJIR Tahun Melawat Melaka 2024 rancakkan sektor runcit, bantu rakyat tangani kos sara hidup – Armizan

463
Menteri PDN bersama YAB Ketua Menteri Melaka di Pasar Raya Family Store Masjid Tanah, Melaka. Kredit foto UKK KPDN.

MELAKA, 23 Januari 2024 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bersama-sama Ketua Menteri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jualan IHSAN RAHMAH (PJIR) TAHUN MELAWAT MELAKA 2024 bertempat di Pasar Raya Family Store Masjid Tanah, Melaka hari ini.

PJIR merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pihak swasta dan industri di bawah cabang baharu Ikhtiar IHSAN RAHMAH.

“Bermula tahun 2024, Ikhtiar IHSAN RAHMAH diperkenalkan sebagai cabang baharu Agenda PAYUNG RAHMAH. Melalui Ikhtiar IHSAN RAHMAH, KPDN membuka ruang lebih luas kepada sektor swasta dan industri untuk merintis program di bawah kerangka Agenda PAYUNG RAHMAH dengan berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan PAYUNG RAHMAH yang telah disediakan oleh KPDN.

Matlamat Ikhtiar IHSAN RAHMAH adalah untuk menggalakkan penyertaan lebih banyak pihak swasta dan industri dalam memperluas pelaksanaan Agenda PAYUNG RAHMAH. Ini sekali gus menyediakan platform untuk sektor swasta dan industri memberikan sumbangan ihsan sebagai citra kepedulian mereka terhadap agenda kerajaan menangani isu kos sara hidup rakyat. Ini termasuk melalui pelbagai kaedah pelaksanaan berbentuk inisiatif yang dipandu pihak swasta (private-driven initiative) selain inisiatif yang dipandu oleh kerajaan (government-driven initiative).

PJIR Tahun Melawat Melaka merupakan antara inisiatif awal yang dirintis di bawah cabang Ikhtiar IHSAN RAHMAH” kata Armizan dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Armizan lagi, melalui program itu, sekumpulan pemain industri sektor peruncitan meliputi pasar raya dan hypermarket di Melaka mewujudkan kerjasama strategik dengan KPDN untuk menawarkan program jualan diskaun bulanan.

“PJIR Tahun Melawat Melaka 2024 ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri Melaka pada setiap 24 haribulan bermula Januari sehingga Disember 2024. Ia melibatkan 11 jenama pasar raya dan hypermarket di sebanyak 58 lokasi premis peruncitan.

Selain itu, sebanyak 24 barangan yang ditawarkan diskaun di antara 10 hingga 30 peratus meliputi barangan keperluan dapur dan harian seperti lampin pakai buang bayi, sabun mandi, sabun pencuci pinggan, beras, telur, minyak masak botol, susu pekat dan banyak lagi.” kata Armizan.

Tambah beliau, PJIR juga bertujuan untuk memastikan pelawat tempatan termasuk warga Melaka sendiri menerima manfaat melalui program khas sepanjang tempoh Tahun Melawat Melaka 2024.

“Pelaksanaan program ini menggambarkan komitmen sektor swasta dan industri untuk turut sama menyumbang dalam memeriahkan acara khas di negeri ini dengan program yang ditawarkan kepada masyarakat setempat.

Selain merancakkan sektor peruncitan, hasrat kita untuk menyantuni rakyat tempatan dalam membantu menangani kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Kita mahu rakyat melihat bahawa Tahun Melawat Melaka bukan sekadar meraikan pelancong atau meraih nikmat ekonomi untuk negeri, malah rakyat tempatan juga mendapat limpahan manfaat.” kata Armizan.

Selain PJIR, bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 juga, KPDN akan menganjurkan Program Jelajah Mini KPDN yang antara lain bertujuan untuk mempromosi barangan buatan Malaysia.

Program tersebut akan dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Melaka setelah selesai persiapan awal dengan Kerajaan Negeri Melaka.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali...