AMPendidikan @ My LNA

Penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan bagi tahun 2020 – KPM

170

28 Jun 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020. Ia dibuat berdasarkan kepada Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 yang telah dibuat baru-baru ini.

“Penjadualan semula kali pertama peperiksaan bawah kendalian KPM telah diumumkan pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mengambil kira pelanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan awam akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.

Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak. Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.” jelas KPM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah KPM, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) (kecuali bagi komponen Hifz Al-Quran – Tasmi’ dan Tahriri) pada tahun 2020 adalah dibatalkan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020.

Berikut adalah takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula:

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...