AMPendidikan @ My LNA

KPM pinda Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020

93

23 Jun 2020 – Berhubung dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 10 Jun lepas bahawa sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020 (Rabu), KPM telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.

Menurut KPM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, pindaan tersebut melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan daripada sembilan (9) hari kepada lima (5) hari bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

“Selain itu, Cuti Akhir Tahun bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B telah dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah. Manakala bilangan hari pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan adalah sebanyak 56 hari bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan bilangan hari pembelajaran di rumah dan bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B adalah sebanyak 55 hari. Bilangan hari pembelajaran di rumah ini hanya terpakai kepada murid Tingkatan 5 dan 6 sahaja sementara bagi murid lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak.” jelas KPM.

Tambah Kementerian, Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang telah dipinda boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-persekolahan-pindaan-2020.

Pada 10 Jun lepas, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin mengumumkan bahawa KPM menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini di mana sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara. Menurut Dr Mohd Radzi, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...