Home MY LNA AM Langkah LPPKN sediakan 1000 pengamal terapis urutan tradisonal profesional adalah tepat – Rina Harun
AMKesihatan @ My LNAWanita

Langkah LPPKN sediakan 1000 pengamal terapis urutan tradisonal profesional adalah tepat – Rina Harun

KUALA LUMPUR 23 Jun 2020 – Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun menyatakan bahawa langkah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi MamaCare menyediakan 1,000 pengamal yang dilatih sebagai terapis urutan tradisonal secara profesional untuk membantu komuniti setempat dalam kalangan wanita sebagai satu langkah yang tepat.

Menurut Rina di dalam posting Facebook rasmi beliau pada hari ini, ia bertujuan mengatasi tekanan menguruskan keluarga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan untuk menjalani kehidupan seharian pada pasca pandemik Covid-19.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

“Program ini adalah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan mengurangkan tekanan melalui urutan tradisional serta memberi panduan untuk mewujudkan suasana harmoni di dalam keluarga setelah penat menguruskan rumah tangga.

Inisiatif LPPKN ini juga memberi peluang kepada 240 ibu tunggal mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang dilaksanakan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang akan menerima bantuan secara one off mulai Julai sehingga November ini.” kata Rina.

Program tersebut yang dinamakan Keluarga Ceria Tanpa Stres ini diumumkan oleh Rina semasa mengadakan lawatan kerja buat pertama kalinya pada hari ini ke LPPKN selepas tertangguh akibat Covid-19 dan PKP sebelum ini. Beliau juga dibawa melawat ke Unit Klinikal dan Subfertiliti di aras 7 dan 10, selain Unit Kaunseling di aras 14.

Seramai 1000 orang pengamal MamaCare akan dipilih untuk menyertai program ini dan dirancang diadakan di 1000 lokasi komuniti yang akan dikenalpasti antaranya di kawasan PPR, kampung-kampung tradisional dan kawasan perumahan pinggir bandar. Setiap seorang pengamal MamaCare akan mengendalikan latihan kepada 10 orang wanita kalangan B40 di dalam komuniti tersebut dan memberi kemahiran merangkumi teknik terapi urutan yang boleh mengurangkan tekanan (destress) seperti urutan wajah, urutan kepala dan leher serta bahu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

MY LNAPertahananUTAMAWanita

Forum Women In Maritime Law Enforcement perkasa peranan wanita dalam penguatkuasaan maritim serantau

BANGKOK, 24 November – Komitmen Maritim Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan wanita...