AMKesihatan @ My LNAWanita @ My LNA

Langkah LPPKN sediakan 1000 pengamal terapis urutan tradisonal profesional adalah tepat – Rina Harun

263

KUALA LUMPUR 23 Jun 2020 – Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun menyatakan bahawa langkah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi MamaCare menyediakan 1,000 pengamal yang dilatih sebagai terapis urutan tradisonal secara profesional untuk membantu komuniti setempat dalam kalangan wanita sebagai satu langkah yang tepat.

Menurut Rina di dalam posting Facebook rasmi beliau pada hari ini, ia bertujuan mengatasi tekanan menguruskan keluarga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan untuk menjalani kehidupan seharian pada pasca pandemik Covid-19.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

“Program ini adalah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan mengurangkan tekanan melalui urutan tradisional serta memberi panduan untuk mewujudkan suasana harmoni di dalam keluarga setelah penat menguruskan rumah tangga.

Inisiatif LPPKN ini juga memberi peluang kepada 240 ibu tunggal mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang dilaksanakan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang akan menerima bantuan secara one off mulai Julai sehingga November ini.” kata Rina.

Program tersebut yang dinamakan Keluarga Ceria Tanpa Stres ini diumumkan oleh Rina semasa mengadakan lawatan kerja buat pertama kalinya pada hari ini ke LPPKN selepas tertangguh akibat Covid-19 dan PKP sebelum ini. Beliau juga dibawa melawat ke Unit Klinikal dan Subfertiliti di aras 7 dan 10, selain Unit Kaunseling di aras 14.

Seramai 1000 orang pengamal MamaCare akan dipilih untuk menyertai program ini dan dirancang diadakan di 1000 lokasi komuniti yang akan dikenalpasti antaranya di kawasan PPR, kampung-kampung tradisional dan kawasan perumahan pinggir bandar. Setiap seorang pengamal MamaCare akan mengendalikan latihan kepada 10 orang wanita kalangan B40 di dalam komuniti tersebut dan memberi kemahiran merangkumi teknik terapi urutan yang boleh mengurangkan tekanan (destress) seperti urutan wajah, urutan kepala dan leher serta bahu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...